Andaian Berani : Isu Royalti Minyak kelantan

Parlimen hari ini panas membincangkan isu Royalti minyak negeri kelantan. Ini ekoran daripada pengumumam Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kini mengumumkan akan memberi "Wang Ehsan" sahaja kepada rakyat negeri kelantan. Pengumuman itu menjadi kecoh diantara pihak kerjaan dan pembangkang.

Memang benar pengumuman itu adalah pengumuman yang gembira, akan tetapi jika dilihat dari sudut lain ia memberi maksud yang amat besar kepada penduduk negeri kelantan dan pemimpinnya. Ini kerana negeri kelantan telah bertahun-tahun berjuang untuk untuk mendapatkan Royalti minyak daripada hasil minyak yang terdapat di perairan negeri kelantan, akhirnya hanya wang ehsan sahaja diperolehi.

Mengulas kata-kata datuk seri najib, beliau hanya kata ingin menolong rakayat kelantan, bukan ingin menjaga kebajikan negeri kelantan. Ini menunjukkan kerajaan pusat hanya membantu disebabkan kasihan sahaja. Sedangkan penduduk negeri kelantan juga adalah rakyat beliau dan berhak mendapat penjagaan penuh dari kerajaan pusat. dilihat dari sudut politik ia, ianya nampak seperti tidak seimbang kerana negeri-negeri lain yang menghasilkan minyak mendapat royalti yang penuh dari pusat, akan tetapi dinegeri kelantan sahaja mendapat wang ehsan ataupun "Duit Kasihan", itupun setelah pihak pembangkang berhempas pulas untuk mendapatkannya.

Beliau juga berkata, sepatutnya kerajaan kelantan tidak ada hak diatas royalti minyak ini disebabkan pertindihan kawasan, dan baru kini disahkan kelantan mempunyai blog (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan. kenapa sebelum ini rakyat kelantan tidak dipertimbangkan untuk memprolehi wang ehsan dan kini baru hal ini dibangkit kan. Disini tampak seperti ada permainan yang cuba mengelirukan rakyat negeri kelantan. Atau pun sebagai langkah untuk menutup mulut mana-mana pihak agar tidak lagi mengungkit hak pemilikan royalti minyak negeri kelantan.

Satu lagi perkara yang menjadi permasaalahan ditimbulkan berikutan wang ehsan ini adalah, adakah pengagihan wang tersebut disalurkan terus kepada kerajaan negeri ataupun melalui Jabatan Pembangunan Negeri dan diagihkan melalui ketua-ketua UMNO bahagian. Jika hal demikian berlaku, keyakinan untuk rakyat kelantan mendapat hak tersebut hanya tipis, kerana diragui akan timbul isu plih kasih dalam pengagihan wang tersebut.

kesimpulannya adakah wang ehsan tersebut sama seperti royalti yang diberikan kerajaan pusat kepada negeri-negeri lain yang menghasilkan minyak. ataupun terdapat agenda lain didalam pemberiaan wang ehsan tersebut. Dan adakah kerajaan negeri akan terus berusaha untuk mendapat royalti penuh daripada kerajaan pusat. Jika apa pun yang andaian yang dibuat semuanya adalah kebaikan untuk penduduk negeri kelantan dan juga rakyat malaysia umumnya.

0 comments:

Post a Comment