Pokok Epal & Budak Kecil

Pada zaman dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini. Setiap kali dia memanjat pokok itu, memetik dan memakan buahnya sepuas hati. Setiap hari dia memanjat pokok itu, memetik dan memakan buah- buahnya sepuas hati.adakala dia berehat hingga terlelap di perdu pokok epal berkenaan. Budak lelaki ini amat menyayangi tempat permainannya itu. Bahkan, pokok epal itu turut menyukainya. Masa sudah
berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan dia kini seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari dengan bermain di sekitar pokok berkenaan. Namun suatu hari dia datang ke pokok epal itu dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-main di sekitarku.” Ajak pokok epal itu. “ Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “ Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya.”tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata: “Kalau begitu, petiklah semua epal-epal yang ada pada aku. Kemudian kau jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan beredar dengan gembiranya. Dia tidak kembali lagi selepas itu dan menyebabkan po
kok epal itu bersedih. Suatu hari, budak remaja itu kembali dan kini dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku,” pelawa pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu. ‘Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan buatlah rumah dengannya.” Pokok epal itu memberikan cadangannya. Lalu budak yang semakin dewasa itu memotong semua dahan epal dan segera beredar dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira, tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak lagi kembali selepas itu. Suatu hari panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak yang pernah bermain- main dengannnya . dia telah matang dan dewasa. “Marilah bermain-main sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitar kau. Aku sudah dewasa aku mempunyai cita-cita untuk belayar, bolehkah kau menolongku?”tanya lelaki itu. Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang ku ini untuk kau jadikan bot dan belayarlah dengan gembira.” Cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira dan terus memotong batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun, suatu hari, lelaki yang telah lanjut usianya datang menuju pokok epal itu. Dialah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal. “Maafkan aku,aku tidak ada apa-apa lagi memberikan buah, dahan, dan batang untuk kau jual bagi mencapai hajatmu. Kini, aku Cuma memiliki tunggul dan akar yang hampir mati.” Kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku sudah tidak mahu buah kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku tidak lagi larat untuk menebangnya. Aku tidak mahu batangmu kerana aku tidak lagi mampu untuk belayar. Aku berasa penat dan mahu berehat,” jawab lelaki tua itu. “ Jika begitu, berehatlah kau di perduku.” Cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itupun berehat dan mereka berdua pun menangis kegembiraan. Sebenarnya, pokok epal itu merujuk kepada kedua ibu bapa kita. Pada usia muda, kita sering bermain- main dengan mereka. Apabila remaja dan dewasa, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Namun, kita tinggalkan mereka dan hanya kembali untuk meminta pertolongan daripada mereka. Mereka tidak pernah mengelak, bahkan tetap menolong kita supaya bahagia dan gembira meneruskan hidup. Justeru, fikirkanlah dengan lebih mendalam tentang sikap budak lelaki itu dengan pokok epal itu. Itulah hakikat sikap kebanyakan anak-anak kita zaman sekarang dalam melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa selagi masih ada masa dan peluang... Kenanglah jasa mereka...

0 comments:

Post a Comment