Islam Di Malaysia : Realiti & Harapannya

Assalamualaikom, salam 1 islam, salam 1 aqidah dan salam satu perjuangan...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang menaik dan menurunkan matahari ,yang mengantung langit diatas sana yang tidak pernah runtu dan yang memberi nikmat-nikmatnya kepada kita.
Baru sebentar tadi saya pulang dari mendengar satu forum yang begitu hebat, begitu menarik dan begitu hangat, dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan bertempat di Kota Bharu Trade Centre( KTC), yang disampaikan oleh ahli-ahli panel yang sangat terkemuka di pentas malaysia ini, diantaranya ialah Ust Affandi, Sdr Nakhaie, Dr Asri Zainal Abidin, Yb Nik Amar dan prof Agus sebagai moderator yang begitu mantap dengan soalan-soalan yang maut dan hangat.
Denagan membincang tajuk yang snonim diperkotak-katikkan oleh rakyat Malaysia " Islam Di Malaysia : Realiti & Harapannya". Semua ahli panel yang diundang melemparkan pandangan dan pendapat yang sangat bernas. Daan tidak dinafikan juga ada ahli panel yang cuba menjawab soalan hanya untuk melepaskan diri dan membawa fakta-fakta yang diambil daripada surat khabar yang tidak boleh mempercayainya seratus peratus.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu negara islam, isu kafir mengkafir, tauliah, wahabi hudud dan isu doa Tok Guru. Saya akan mengulas serba sedikit perbincangan sebentar tadi, pertama sekali isu negara islam, ada ahli penal mengatakan kita sudah menjadi negara islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dan soalat lima waktu, sedangkan untuk membentuk daulah islamiah bukan mudah yang mana perlu perangkaan yang rapi kerana ia melibatkan penggubalan perundangan islam yang mengikut nas-nas Al-quran dan Sunnah. dan jika kita lihat realitinya sudah ada pihak yang ingin melaksanakan perundangan tersebut akan tetapi banyak halangan dan kekangan yang dialami oleh meraka, sehingga terpaksa mereka menghentikan sementara kerja baik mereka itu, bak kata Yb Nik Amar " Kita seperti sebuah kereta yang berhenti di trafic light tanpa mematikan enjin dan menanti-nantikan lampu hijau untuk meneruskan agenda mereka.

Saya juga ingin mengulas sedikit mengenai isu yang mengatakan bahawa Dr Asri adalah wahabi, soalan ini diajukan terus oleh prof Agus kepada Dr Asri, Dr Asri tdak mengatakan yang beliau wahabi akan tetapi dia berpendapat bahawa berbeza-beza pendapat adalah boleh selagi mana ianya masih lagi berada diatas dalil-dalil dan nas Al-quran yang betul, dan ini adalah realiti rakyat islam dimalaysia yang mana jika ada saja perbezaan pendapat terus mereka menolak tanpa menyelidikinya terlebih dahulu, dan perkara seperti ini juga telah berlaku kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika mana beliau baru sahaja pulang dari belajar di timur tengah, dan ini buakn perkara pokok yang perlu dibicarakan kerana masih banyak lagi perkara-perkara asas yang perlu diselesaikan.

Dan akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit mengenai doa oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada PM kita, soalan ini diajukan kepada Ustz Affandi, beliau menjawab mudah yang mana dia mengatakan Rasulallah s.a.w tidak pernah berdoa kepada umatnya supaya ditimpa bala dan nabi-nabi sebelum itu juga sedemikian rupa, jadi tidak perlu kita berdoa kepada mana-mana pihak supaya diturunkan bala keatasnya, kemudian Dr Asri pula mengulas dan membawa dalil yang mana jika seseorang itu teranaiya, tertipu dan sama waktu dengannya boleh untuk dia berdoa supaya orang itu menerima balasannya dan Dr Asri ada membwa beberapa kisah pada zaman para sahabat. Nik Amar pula menjelas kembali hal yang sebenarnya yang mana perkara sebenar telah diolah dan di provokasi oleh media, beliau berkata Tuan Guru berdoa supaya allah membuka hati mereka pihak kerjaan supaya memberi royalti kepada negeri kelantan dan mereka akan terkena bala sekiranya mereka mengkhianati janji mereka itu. Itu saja yang didoakan oleh Tuan Guru semuanya adalah untuk kebaikan akan tetapi piahk media yang ingin mengautkan keuntungan membesar-besarkan cerita supaya ada berlaku pertelagahan dan caci mencaci antara mana-mana pihak.

Kesimpulannya, kesemuanya bermatlamat hanya satu iatu ingin melihat negara Malaysia ini adalah negara yang mengamalkan islam sepenuhnya tanpa ada lagi maksiat-maksiat dan gejala yang tidak diingini berlaku, dan ingin melihat jenerasi yang akan datang ini tidak lagi akan ragu-ragu dengan apa yang dibawa oleh islam ini.

wallahua'alam........


1 comments:

salam satu agama
salam satu Islam

(xperlu Islam yg laen,apatah lg Islam Had-hari!)

Post a Comment