Detik-detik indah Pengembaraan Nilam.

Assalamualaikom, kalu td ak post sal crite2 aku kt kt kl, skang nie aku nk kongsi plak ngn korang gmbar2 yang ak sempat aku posing time program kembara nilam tu berlangsung.

Lawatan ke UMKL

sebelum bertolak ke KL.

nie tempat ktorg menginap kolej ke-8

Kolej ke-8(kolej kinabalu)

Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis perwakilan Mahasiswa UM

depan kompleks perdanasiswa

Lawatan di APIUM KL

makan tengahari di APIUM

Ceramah kepimpina oleh
Encik K.Puniamurthy

Dinner dngn Ayahanda Dato' TNC HEP

Di Rumah Universiti
depan Dewan Tengku Canselor

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Muzium Kesenian Isalam

Nie je gambar2 yang aku dpt kongsikan bersama pembaca-pembaca sekelian.
harap-harap semua t'hibur..=)

*semua gambar ini adalah gambar betul bukan Adobe Photoshop...

wallahu ta'ala a'alam..

Satu Pengembaraan Yang Menarik.

Alhamdulillah segala puji bagi allah tuhan pencipta alam semesta dan seisi kandungannya, selawat Dan salam kepada junjungan mulia Rasulallah s.a.w serta ahli keluarga baginda dan parsahabat. Baru sebentar tadi jam 12.45 minit mlm waktu malaysia kami baru sahaja tiba di perkarangan APIUM Nilam Puri, aku sungguh teruja kerana program kedua aku berjalan dengan lancar iaitu “KEMBARA NILAM 09” lawatan rasmi ke Universiti Malaya Kuala Lumpur. Walaupun persedian untuk mengendalikan dalam masa yang singkat iaitu 4 hari, alhamdulillah dengan berkat Allah s.w.t dan kerjasama dari para sahabat program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Aku ingin berkongsi sedikit detik-detik indah semasa pengembaraan kami di Kuala Lumpur.

Kami bertolak dari APIUMNP jam 10 mlm 23/12/2009 dan tiba di kuala lumpur dalam jam 5 pagi 24/12/2009, sempat kami solat subuh berjemaah di Masji Al-Rahman, setelah itu kami menuju ke Kolej Kediaman Ke-8 iaitu tempat kami menginap(kolej 2 siap jamuu brekfirst ag kt ktorg). Selepas kami Check-In pada jam 8.30 pagi, kami bersiap2(ada yang x mandi n ade yang mandi ala2 filem bujang lapok) untuk ke majlis ramah mesra bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya jam 8.45 pagi di Kompleks Perdanasiswa. Dalam majlis ramah mesra tersebut banyak aidial dan pandangan yang dapat kami kongsikan bersama. Setelah usai majlis ramah mesra tersebut kami bertolak ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri untuk sesi lawatan yang seterusnya. Di APIUM kami diberi pendedahan mengenai sistem pengajian ijazah dasar yang di sampaikan oleh Prof Madya Dr Ishak untuk bekalan pihak kami yang akan menyambungkan pembelajaran kami ke Kuala Lumpur nanti, sempat juga kami makan tengah hari di APIUM tersebut(balik ke tmpt pnginapan kami d’jamu pula mkn tnghari yg d’sediakan oleh pihak kolej). Pada jam 4.00 ptng kami ada sesi ceramah kepimpinan yang disampikan oleh Encik K.Puniamurthy, dan pertemuan kami dengan beliu adalah buat kali ke-2. Setelah selesai ceramah tersebut pada jam 6.00 ptng kami pulang ke tempat penginapan untuk bersiap-siap untuk menghadiri majlis kemuncak iaitu makan malam bersama Ayahanda Prof Dato’ Dr Azarae pada jam 9.00 mlm di Rumah Universiti(dlm bhse omputeh Dinner). Majlis makan malam itu penuh elegent dan first class, makn malam itu juga di datangi tetamu khas yang diterbangkan dari china dan Presiden2 Kolej kediaman, dalam ucapan Ayahanda Dato’, beliu sempat membuat pengumuman penting iaitu akan membawa delegasi dari UM ke China mewakili presiden kolej dan 6 orang wakil dari Nilam Puri(sangat bertuah siapa yang berpeluang). Majlis terebut usai pada jam 11.00 mlam. Pada keesokan harinya pada jam8.30 pagi 25/12/2009 kami pulang ke APIUM, sebulum kami berangkat pualang sempat kami pusing-pusing satu Kuala Lumpur, macam tempat kami pergi cth :- pusat sains negara, muzium kesenian islam dan low yat.penat kaki kami pusing2 sau kuala Lumpur nie. Pada jam 12.45 malam kami selamat tiba di perkarangan APIUM Nilam Puri.

Ke sempatan ini juga aku ingin merakamkan ucapan kepada individu yang terlibat menjayakan progran ini, di antaranya ialah:-

-Ayahanda Dato’ Dr Azarae

-Muhammad Bukhairy(pengarah)

-Encik Imran(wakil pihak HEP)

-Usataz Hazrol( penasihat)

-Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya

-Cik Hafiza, Cik Zazmin dan Abg Mie(pengiring)

-Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

-Pentadbiran APIUMNP

-Pemandu bas APIUM NP

*dan tidak dilupakan juga sahabat-sahabat seperjuangan dari MPP dan JTK yang menjadi peserta dan bekerjasama dalam menjayakan Program Kembara Nilam ini. Dan saya juga memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian program ini. Mudah-mudahan objektif dan misi yag dibentuk mencapai sasran kita semua.

Wallahu taa’la A’lam…..

Selesai Sudah Pertandingan Debat Peringkat Akhir. Siapakah Johan????


Alhamdulillah bersyukur kehadarat ilahi kerana aku diberi lagi peluang untuk menyertai dan menamatkan Debat Piala Timbalan Pengarah ini. aku juga bersyukur kerana dapat membawa sahabat-sahabat aku keperingkata akhir ini, sungguh aku tidak percaya kerana sekali lagi aku dapat meneruskan perjuangan aku dalam arena pendebatan sehingga ke peringkata akhir.

Pada mula nya aku sudah menarik diri daripada menyertai pertandingan debat ini, apabila aku dijemput oleh salah seorang sahabat aku iaitu amalina( best speaker team ktorg), aku rasa terkesan dan terpanggil untuk menolong dan membantu majmuah aku, pada mulanya aku tidak berapa yakin dan semangat, akan tetapi apabila aku telah menang pada pusingan pertama( pusingan kedua untuk team aku) semangat wajaku melambung tinggi dan aku berhasrat untuk membawa team aku keperingkat akhir. Dan akhirnya kami berjaya juga sampi keperingkat akhir.

Usul demi usul kami bawa dan kami bangkang di dewan ala parlimen itu, hujah demi hujah kami tuturkan( hujah aku berterabur sebenarnaya) dan pihak lawan yang bukan calang-calang kami temui membuatkan otak aku makin ligat dan mencapah, aku suka perkara-perkara yang membolehkan paradigma aku ini bergerak aktif. tambahan pula ia memainkan isu politik, bertambah aku minat pertandingan ini.

aku seperti biasa gelaran PUTRA juga yang aku guna kan untuk nama samaran aku, entah apa sebab aku mememinati 'nick name' nie pun aku tak tahu. dan seperti biasa juga aku adalah speaker yang ke-3, kerjanya agak susah dan merumitkan di sebabkan aku terpaksa membawa kertas kosong dan seketol otak yang berakal yang di anugerah kan oleh allah s.w.t. dan tidak dinafikan banyak kelemahan dan kelompangan dalam penghujahan aku sebelum-sebeum ini.

Aku juga ingi berterima kasih Team Debat Aku(team majm 8) kepada Amalina Misron(yang tarik aku dalam pertandingan debat nie last2 minit, tapi x pe aku dapat sokongan darinya. awak memang ebat berhujah, best speaker tahniah sye ucapkan), dan juga kepada Fatin Nurul Ain(yang membawa semangat Perdana Menteri dalam team ktorg td, dan tahniah jugak ar sebab anti telah buktikan kebolehan dalam diri anti), sahabat-sahabat dari majmuah 8 dan juga tidak aku lupa kan Khairul Hafizi (yang menjadi tempat panduan dan jurulatih aku semenjak pertandingan ini berlangsung). dan sahabat-sahabat lain yang menyokon saya secara langsung mahupun tidak langsung. dan aku juga doa kan team debat majm 8 nie dapat teruskan lagi usaha mereka ini.

Dan akhir sekali aku masih menanti-nanti keputusan pendebatan kami tadi kerana ia masih lagi belum diumumkan atas sebab pemarkahan yang begitu sengit. Adakah aku akan merangkul gelaran Johan buat kali ke-2? ataupun aku terpaksa melepaskan gelaran Johan itu kepada orang lain? segala keputusan aku serahkan kepada yang maha esa, dan aku meredhai sebarang kemungkinan dan keputusan dari pihak juri, dan harapannaya adalah berita yang baik bagi pihak kami.

wallahu ta'ala a'lam...










Islam Di Malaysia : Realiti & Harapannya

Assalamualaikom, salam 1 islam, salam 1 aqidah dan salam satu perjuangan...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang menaik dan menurunkan matahari ,yang mengantung langit diatas sana yang tidak pernah runtu dan yang memberi nikmat-nikmatnya kepada kita.
Baru sebentar tadi saya pulang dari mendengar satu forum yang begitu hebat, begitu menarik dan begitu hangat, dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan bertempat di Kota Bharu Trade Centre( KTC), yang disampaikan oleh ahli-ahli panel yang sangat terkemuka di pentas malaysia ini, diantaranya ialah Ust Affandi, Sdr Nakhaie, Dr Asri Zainal Abidin, Yb Nik Amar dan prof Agus sebagai moderator yang begitu mantap dengan soalan-soalan yang maut dan hangat.
Denagan membincang tajuk yang snonim diperkotak-katikkan oleh rakyat Malaysia " Islam Di Malaysia : Realiti & Harapannya". Semua ahli panel yang diundang melemparkan pandangan dan pendapat yang sangat bernas. Daan tidak dinafikan juga ada ahli panel yang cuba menjawab soalan hanya untuk melepaskan diri dan membawa fakta-fakta yang diambil daripada surat khabar yang tidak boleh mempercayainya seratus peratus.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu negara islam, isu kafir mengkafir, tauliah, wahabi hudud dan isu doa Tok Guru. Saya akan mengulas serba sedikit perbincangan sebentar tadi, pertama sekali isu negara islam, ada ahli penal mengatakan kita sudah menjadi negara islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dan soalat lima waktu, sedangkan untuk membentuk daulah islamiah bukan mudah yang mana perlu perangkaan yang rapi kerana ia melibatkan penggubalan perundangan islam yang mengikut nas-nas Al-quran dan Sunnah. dan jika kita lihat realitinya sudah ada pihak yang ingin melaksanakan perundangan tersebut akan tetapi banyak halangan dan kekangan yang dialami oleh meraka, sehingga terpaksa mereka menghentikan sementara kerja baik mereka itu, bak kata Yb Nik Amar " Kita seperti sebuah kereta yang berhenti di trafic light tanpa mematikan enjin dan menanti-nantikan lampu hijau untuk meneruskan agenda mereka.

Saya juga ingin mengulas sedikit mengenai isu yang mengatakan bahawa Dr Asri adalah wahabi, soalan ini diajukan terus oleh prof Agus kepada Dr Asri, Dr Asri tdak mengatakan yang beliau wahabi akan tetapi dia berpendapat bahawa berbeza-beza pendapat adalah boleh selagi mana ianya masih lagi berada diatas dalil-dalil dan nas Al-quran yang betul, dan ini adalah realiti rakyat islam dimalaysia yang mana jika ada saja perbezaan pendapat terus mereka menolak tanpa menyelidikinya terlebih dahulu, dan perkara seperti ini juga telah berlaku kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika mana beliau baru sahaja pulang dari belajar di timur tengah, dan ini buakn perkara pokok yang perlu dibicarakan kerana masih banyak lagi perkara-perkara asas yang perlu diselesaikan.

Dan akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit mengenai doa oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada PM kita, soalan ini diajukan kepada Ustz Affandi, beliau menjawab mudah yang mana dia mengatakan Rasulallah s.a.w tidak pernah berdoa kepada umatnya supaya ditimpa bala dan nabi-nabi sebelum itu juga sedemikian rupa, jadi tidak perlu kita berdoa kepada mana-mana pihak supaya diturunkan bala keatasnya, kemudian Dr Asri pula mengulas dan membawa dalil yang mana jika seseorang itu teranaiya, tertipu dan sama waktu dengannya boleh untuk dia berdoa supaya orang itu menerima balasannya dan Dr Asri ada membwa beberapa kisah pada zaman para sahabat. Nik Amar pula menjelas kembali hal yang sebenarnya yang mana perkara sebenar telah diolah dan di provokasi oleh media, beliau berkata Tuan Guru berdoa supaya allah membuka hati mereka pihak kerjaan supaya memberi royalti kepada negeri kelantan dan mereka akan terkena bala sekiranya mereka mengkhianati janji mereka itu. Itu saja yang didoakan oleh Tuan Guru semuanya adalah untuk kebaikan akan tetapi piahk media yang ingin mengautkan keuntungan membesar-besarkan cerita supaya ada berlaku pertelagahan dan caci mencaci antara mana-mana pihak.

Kesimpulannya, kesemuanya bermatlamat hanya satu iatu ingin melihat negara Malaysia ini adalah negara yang mengamalkan islam sepenuhnya tanpa ada lagi maksiat-maksiat dan gejala yang tidak diingini berlaku, dan ingin melihat jenerasi yang akan datang ini tidak lagi akan ragu-ragu dengan apa yang dibawa oleh islam ini.

wallahua'alam........


Al-Fatihah Untuk Sahabat SeperjuanganKu : Atiq Hakimi


Bagaikan baru semalam kami betemu, akan tetapi Allah lebih menyayangi beliau. beliau Atiq Hakimi telah kembali kerahmatullah pada 15/11/2009 pada jam 5 petang di kampusnya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), disebabkan penyakit yang sekian lama dialaminya iatitu jantung diserang kuman.
Semenjak ana bersahabat dengan beliu, banyak kenangan manis yang kami sempat ana nukilkan bersama beliau, dan cukup masak dengan perangai dan fa'ilnya. beliau seorang peramah, mudah mesra, dan pandai amik hati sahabat-sahabat membuatkan ramai yang senang hati bersahabat dengan beliau. ditambah pula sifat gigih, kuat berusaha dan juga x pernah putus ase adalah sifat-sifat yang terpuji baginya. Beliau juga dikenali dikalangan guru-guru mada disebabkan sifatnya yang peramah dan baik hati itu. dan beliau juga berhajat untuk sambung belajar ke timur tengah, akan tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila menghidap penyakit jantung.

marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Atiq Hakimi, dan sama-sama berdoa mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan para syuhada dan solihin amin yaa raab..


Pokok Epal & Budak Kecil

Pada zaman dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini. Setiap kali dia memanjat pokok itu, memetik dan memakan buahnya sepuas hati. Setiap hari dia memanjat pokok itu, memetik dan memakan buah- buahnya sepuas hati.adakala dia berehat hingga terlelap di perdu pokok epal berkenaan. Budak lelaki ini amat menyayangi tempat permainannya itu. Bahkan, pokok epal itu turut menyukainya. Masa sudah
berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan dia kini seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari dengan bermain di sekitar pokok berkenaan. Namun suatu hari dia datang ke pokok epal itu dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-main di sekitarku.” Ajak pokok epal itu. “ Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “ Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya.”tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata: “Kalau begitu, petiklah semua epal-epal yang ada pada aku. Kemudian kau jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan beredar dengan gembiranya. Dia tidak kembali lagi selepas itu dan menyebabkan po
kok epal itu bersedih. Suatu hari, budak remaja itu kembali dan kini dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku,” pelawa pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu. ‘Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan buatlah rumah dengannya.” Pokok epal itu memberikan cadangannya. Lalu budak yang semakin dewasa itu memotong semua dahan epal dan segera beredar dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira, tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak lagi kembali selepas itu. Suatu hari panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak yang pernah bermain- main dengannnya . dia telah matang dan dewasa. “Marilah bermain-main sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitar kau. Aku sudah dewasa aku mempunyai cita-cita untuk belayar, bolehkah kau menolongku?”tanya lelaki itu. Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang ku ini untuk kau jadikan bot dan belayarlah dengan gembira.” Cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira dan terus memotong batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun, suatu hari, lelaki yang telah lanjut usianya datang menuju pokok epal itu. Dialah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal. “Maafkan aku,aku tidak ada apa-apa lagi memberikan buah, dahan, dan batang untuk kau jual bagi mencapai hajatmu. Kini, aku Cuma memiliki tunggul dan akar yang hampir mati.” Kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku sudah tidak mahu buah kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku tidak lagi larat untuk menebangnya. Aku tidak mahu batangmu kerana aku tidak lagi mampu untuk belayar. Aku berasa penat dan mahu berehat,” jawab lelaki tua itu. “ Jika begitu, berehatlah kau di perduku.” Cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itupun berehat dan mereka berdua pun menangis kegembiraan. Sebenarnya, pokok epal itu merujuk kepada kedua ibu bapa kita. Pada usia muda, kita sering bermain- main dengan mereka. Apabila remaja dan dewasa, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Namun, kita tinggalkan mereka dan hanya kembali untuk meminta pertolongan daripada mereka. Mereka tidak pernah mengelak, bahkan tetap menolong kita supaya bahagia dan gembira meneruskan hidup. Justeru, fikirkanlah dengan lebih mendalam tentang sikap budak lelaki itu dengan pokok epal itu. Itulah hakikat sikap kebanyakan anak-anak kita zaman sekarang dalam melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa selagi masih ada masa dan peluang... Kenanglah jasa mereka...

Andaian Berani : Isu Royalti Minyak kelantan

Parlimen hari ini panas membincangkan isu Royalti minyak negeri kelantan. Ini ekoran daripada pengumumam Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kini mengumumkan akan memberi "Wang Ehsan" sahaja kepada rakyat negeri kelantan. Pengumuman itu menjadi kecoh diantara pihak kerjaan dan pembangkang.

Memang benar pengumuman itu adalah pengumuman yang gembira, akan tetapi jika dilihat dari sudut lain ia memberi maksud yang amat besar kepada penduduk negeri kelantan dan pemimpinnya. Ini kerana negeri kelantan telah bertahun-tahun berjuang untuk untuk mendapatkan Royalti minyak daripada hasil minyak yang terdapat di perairan negeri kelantan, akhirnya hanya wang ehsan sahaja diperolehi.

Mengulas kata-kata datuk seri najib, beliau hanya kata ingin menolong rakayat kelantan, bukan ingin menjaga kebajikan negeri kelantan. Ini menunjukkan kerajaan pusat hanya membantu disebabkan kasihan sahaja. Sedangkan penduduk negeri kelantan juga adalah rakyat beliau dan berhak mendapat penjagaan penuh dari kerajaan pusat. dilihat dari sudut politik ia, ianya nampak seperti tidak seimbang kerana negeri-negeri lain yang menghasilkan minyak mendapat royalti yang penuh dari pusat, akan tetapi dinegeri kelantan sahaja mendapat wang ehsan ataupun "Duit Kasihan", itupun setelah pihak pembangkang berhempas pulas untuk mendapatkannya.

Beliau juga berkata, sepatutnya kerajaan kelantan tidak ada hak diatas royalti minyak ini disebabkan pertindihan kawasan, dan baru kini disahkan kelantan mempunyai blog (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan. kenapa sebelum ini rakyat kelantan tidak dipertimbangkan untuk memprolehi wang ehsan dan kini baru hal ini dibangkit kan. Disini tampak seperti ada permainan yang cuba mengelirukan rakyat negeri kelantan. Atau pun sebagai langkah untuk menutup mulut mana-mana pihak agar tidak lagi mengungkit hak pemilikan royalti minyak negeri kelantan.

Satu lagi perkara yang menjadi permasaalahan ditimbulkan berikutan wang ehsan ini adalah, adakah pengagihan wang tersebut disalurkan terus kepada kerajaan negeri ataupun melalui Jabatan Pembangunan Negeri dan diagihkan melalui ketua-ketua UMNO bahagian. Jika hal demikian berlaku, keyakinan untuk rakyat kelantan mendapat hak tersebut hanya tipis, kerana diragui akan timbul isu plih kasih dalam pengagihan wang tersebut.

kesimpulannya adakah wang ehsan tersebut sama seperti royalti yang diberikan kerajaan pusat kepada negeri-negeri lain yang menghasilkan minyak. ataupun terdapat agenda lain didalam pemberiaan wang ehsan tersebut. Dan adakah kerajaan negeri akan terus berusaha untuk mendapat royalti penuh daripada kerajaan pusat. Jika apa pun yang andaian yang dibuat semuanya adalah kebaikan untuk penduduk negeri kelantan dan juga rakyat malaysia umumnya.

Permata Yang Bersinar Kini berkecai

Tika aku sibuk bermesyuarat, bahu ku disapa oleh seorang sahabat seperjuangan.
Fikiranku terhenti sejenak mengenang kembali memory yang yang terselit di celah2 kepala otakku, aku terkenang kembali saat langkah perlahan nya menuju kebilik kuliah, dengan membawa satu harapan agar anak2 didiknya menjadi orang yang berguna.
teringatku kembali saat hilai tawa dan gurau sendanya didalam kelas membuatkan pelajar tidak jemu2 belajar dengan nya. aku kembali ke alam yang nyata dan aku terpaksa menerima hakikat yang mana seorang insan yang bergelar ustaz telah meninggalkan kita semua, ilmu yang beliau curahkan kepada kami semua amat2 berharga. terima kasih Ustaz Sidi Ahmad yang telah kembali kerahmatullah pada jam 12.52pg td, mudah2an Allah mencucuri rahmat keatasnya dan diletakkan dikalangan para syuhada.Mari kita sama2 sedekah kan Al-FATIHAH kepada Ustaz Sidi Ahmad, seorang permata yang berkilau di bumi Nilam Puri.

Memperingati Kembali Tragedi Memali

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.


Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.


Dicetak daripada

aneroid09

Apabila Jahiliah Memfitnah Ustaz Ibrahim mahmood


26 oktober 2009 sebuah akbar mengeluarkan satu penghinaan terhadap Ustaz Ibrahim Mahmood atau pn di kenalai sebagai "ustaz ibrahim libya", yang mana penulis sebuah syarikat akhbar telah megeluarkan artikel bahawa "kejadian Memali adalah sesat", yang mana mereka beranggapan perjuangan memali itu seperti perjuangan ajaran sesat, sabagaimana ajaran sesat yang terdapat di Malaysia ini. Artikle itu seperti ingin mencungkil kembali kejadian 1985, Perkara ini telah menyentuh sensitiviti penduduk kg Memali dan kaum kerabatnya, membuatkan gologan pemuda dan orang2 berkenaan lantas bangkit menyuarakan perkara tersebut, mereka berkumpul beramai di hadapan Balai Polis Daerah Baling untuk membuat laporan, dari jam 3.00ptng hingga jam 7.00ptng, pada keesokan harinya pula pemuda di peringkat negeri dan orang2 tertentu berhimpun dihadapan pejabat KOSMO untuk membuat bantahan supaya menarik balik kenyataan yang sangat keji itu. Dan pihak pemuda kawasan juga akan membuat beberapa lagi siri bantahan. Jika pihak akhbar tersebut tidak mengendahkan bantahan tersebut kemungkinan tindakan keras akan diambil. Jangan meganggu singa yang lapar kerana roh jihad dan darah Ustaz Ibrahim Libya telah mengalir kedalam tubuh kami kaum kerabatnya dan penduduk Kg Memali.

Rakaman Ucapan Terima Kasih BAKSIS 09


Assalamualaikom, alahamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerna dengan limpah dan kurnianya Program Bakti Siswa 2009 (BAKSIS '09) telah berlangsung dengan jaya nya, Program Bakti Siswa ini adalah dibawah kelolaan Exco Penerangan & Perhubungan Luar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, oleh itu saya dengan penuh takzimnya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program Bakti Siswa 2009 ini, terutama sekali kepada:
-YB Dato' Mustapha Muhamed (penaung)
-YB Ayahanda HEPA Dato Azraee(penaung)
-Prof Madya Dr Muhedin(penasihat)
-Cg Rafiai(penasihat)
-Cg Wan Haron B Wan Hamat(penasihat)
-Edikop B Lakipsediyanto(pengarah)
-Ajk2 Pelaksana
-Ajk2 KRT Kg Kalai
-Ajk Masjid Kg Kalai
-Pensyarah2 APIUM NP
-Penduduk Kg Kalai
-Peserta2 BAKSIS 09

Dan tidak ketinggalan juga agensi2 yang turut menyumbangkan saham dalam Program Baksis 09 ini seperti:
-Majlis Perwakilan Pelajar APIUM NP
-Jawatankuasa Tindakan Kolej APIUM NP
-Pejabat Perhubungan Parlimen Jeli
-Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
-Jabatan Kebajikan Masyarakat
-Pentadbiran APIUM NP
-Jabatan Pendidikan Negeri
-Pejabat Pendidkan Daerah
-Kawasan Rukun Tetangga Kg Kalai
-Jakim

serta mana2 agensi yang tidak disebut dan terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, jutaan terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua, mudah2an jasa baik kalian semua akan dibalas oleh Allah S.W.T diakhirat kelak, dan moga segala gerak kerja kita semua hanya kerana Allah S.W.T serta mendapat keredhaan dan keberkatan darinya insyaallah..
wallahua'lam....

Selamat Hari Raya Aidulfitri

assalamualaikomwarahmatullahiwabarokatuh...

Alhamdulillah hari Raya Aidulfitri bakal menjelama. oleh itu saya ingn mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri dan saya juga ingin menyusun 10 jari memohon 1000 kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya terutama sekali mak&ayah, cikgu-cikgu serta pensyarah-pensyarah yang banyak membantu saya mengenali diri saya serta mengajar saya mengenali erti kehidupan, serta sahabat-sahabat seperjuangan yang sentisa berada disamping saya ketika saya berada dalam kesusahan dan kesediahan. terima kasih sya ucapakan kepada semua.





Saya juga wakil kepada mas'ul-mas'ul majmuah 8 memohon kemafan sekira nya ada salah dan silap dan kekhilafan ketika kami mentadbir majmuah 8, terutama sekali ahli-ahli majmuah 8 sekira nya ada diantara kamu ada yang terguris hati dan tersentuh perasan ketika kami memegang tampuk pemerintahan majmuah8.



Dan saya juga wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar APIUM Nilam Puri memohon berjuta-juta kemafan kepada seluruh pelajar, pensyarah serta staf-staf UMNP, diatas kesilapan dan kekurangan kami ketika menjalankan tugas, dan ketika kami memegang tampuk pimpinan APIUM Nilam Puri, dan kami sedar banyak kekurangan dipihak kami .Insyaallah kami akan meperbaiki semula kelompangan dan kesilapan daripada pihak kami pada masa akan datang insyaalah.

SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI
Buat Semua

kembali Kepada Fitra


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas para rasul junjungan serta ahli keluarganya dan para sahabat seperjuangannya.

Alhamdulillah sekarang kita berada di penghujung ramadhan, hari semakin hari bulan ramadhan yang penuh kerahmatan, bulan yang penuh keberkatan bulan yang penuh kemulian semakin meninggalka kita. akan tetapi sekiranya kita dapat menghayati bulan ramdhan ini dengan sebaik-baiknya sudah tentu kita ingin kan semua bulan menjadi bulan ramadhan.hari raya aidilfitri juga bakal tiba, bukan hari untuk bersukariya akan tetapi hari itu adlah hari menyambut kemenangan bagi kaum muslim. bukan kemengan disebabkan peperangan ataupun perlawanan kita dengan puak-puak penentang akan tetapi kemenangan kita menentang hawa nafsu.

Hari raya aidilfitri juga adalah hari untuk kita kembali kepada fitrah, kenapa saya berkata demikian? kerana setelah sekian lama kita dinodai dengan dosa-dosa dan melakukan kemungkaran kpeda allah s.w.t, kita dimasukkan kedalam bengkel tarbiah secara langsung oleh allah s.w.t untuk kita membersihkan kembali jiwa-jiwa kita yang sudah kotor dan berkarat dan dipolish semula menjadi baru. kerana jiwa-jiwa kita sebenarnya adalah seperti kain yang putih bersih, akan tetapi apabila kita melakukan kemungkaran kepada allah s.w.t jwa-jiwa kita dititikkan dengan titik hitam membuatkan diri kita jauh dengan pencipta. dan fitra manusia berda didalam islam dan yang membuatkan manusia itu keluar dari fitrah adlah disebabkan faktor luaran. sabda Rasullallah s.a.w,
"setiap bayi lahir dalam keadaan suci (fitrah), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atu Majusi". (HR Bukhari).
bulan ramadhan inilah tempat tamrin bagi kita untuk kita kembalikan fitrah asal kita, dan jangan lah kita menodai fitarah kita apabila menyambut 1 syawal dengan cara menyambut tarihk tersebut dengan hiburan yang melampau-malampau dan keseronokan yang melampaui batas. Marilah kita sama-sama menjaga fitrah kita daripada dinodai oleh dosa-dosa dan kemungkaran terhadap Allah S.W.T....

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar walillahilham...

Malam Al-Qodar


Assalamualaium, bertemu semula dengan putra..

firman allah s.w.t “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr:1-5)

allahamdulillah sekarang sudah 21 ramadhan, yang mana kita sekarang ini kita berda di penghujung ramadhan iaitu dijauhkan daripada api neraka. dan jika di ibratkan dengan perlawanan bola sepak kita berada dalam masa kecederaan, akan tetapi adakah kita sudah dapat suatu yang berfaedah dan suatu yang bernilai dalam mengimarahkan bulan ramadhan ini?

jika kita masih lagi tidak dpt mengimarahkan lagi bulan ramadhan ini sebaik2nya marilah kita sama2 mengejar 10 hri terakhir pada bulan ramdhan ini, kerana sekiranya kita tidak dapat memanfaat kan bulan ramadahn pada tahun ini belum tentu lagi kita akan berjumpa ramadhan pada tahun depan.insyaallah kita masih lagi ada kesempatan pada 10 malam terakhir ini. maka marilah kita guna kan 10 malam terakhir ini sebaik-baiknya kerana ada ulama' berpendapat pada malam terakahir ini akan muncul satu malam yang mana malam itu dinisbahkan dengan seribu bulan.bukan waktu malam itu dibaratkan 1000 bulan lamanya, akan tetapi malam itu segala amalan yang kta kerjakan pada malam itu akan mendapat ganjaran seperti kita melakukan amalan selama 1000 bulan.

Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa bangun (untuk beribadah) pada malam Lailatul Qadr karana keimanan dan mengharapkan pahala (kemudian ia mendapatkannya) nescaya akan diampuni dosanya yg telah lalu.”

maknanya jangan lagi kita teragak-agak untuk mengimarahkan 10 malam terakhir ini keran telah dijanjiakan oleh rasullallah dalam hadisnya. jadi bagi sesiapa yang telah mensia-siakan umor nya carilah malam Al-qodar ini untuk menebus kembali masa yang telah dia siakan insyaallah.... jadi marilah kita sama-sama mengimarah kan malam-malam terakhir ini dengan sebaik-baiknya kerana kita belom tentu lagi berjumpa ramadhan kareem ini pada tahun depan...

wallahua'lam..

Permulan Bagi Cetusan Pradigma ku

Alahamdulillah segala puji bagi allah tuhan sekelian alam, selawat dan salam ketas para rasul junjungan dan keatas keluarganya serta para sahabat. alhamdullillah....

sekian lama hasrat nie ingin mebuat satu laman khas untuk mengumpulkan cetusan-cetusan minda. akhirnya laman nie siap dibina pada 11/09/2009. insyallah dalam laman khas oleh putra_zhyk ini saya akan cuba untuk berkongsi pengalaman hidup saye atau pun shering moment, hasrat ketidak puas hati ku keatas mana-mana pihak, serta perbincangan-perbincangan isu-isu semasa yang hangat di bual kan oleh suma manusia yang bergelar rakyat maysia.

inyaallah juga dalam laman khas ini akan saya cuba untuk mencurahkan ilmu-ilmu yang tidak seberapa kepada suma untuk kita sama-sama berkogsi dan sama-sama bincang sekiranya ada kesilapan dlam mengeluarkan fakta atau pun kekhilafan para juhala'.

laman khas ini juga akan menjadi medan dakwah sya sebagai seorang da'e yang ditaklifkan oleh allah kepada kita suma. kerana apabila saya tngk kemungkaran yang berada didepan mata saya, saya tidak mampu untuk tanganinya, mungkin dalam laman ini akan saya luah kan segalanya ketidak puas hatinan saya serta keperitan jiwa yang tak dapat lagi ditahan disebab kan kemungkaran nie. insyaallah marilah kita sama-sama menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran insyallahhhhhh...

setakat ini saja tinta pertama bagi permulaan cetusan paradigma saya ini.dan saya harap sahabat-sahabat dapat bagi tunjuk ajar sekiranya ada salah dan silap dalam penglibatan saya dalam arena blogger ini inysaallah.


wallahua'alam...............