Al-Fatihah Untuk Sahabat SeperjuanganKu : Atiq Hakimi


Bagaikan baru semalam kami betemu, akan tetapi Allah lebih menyayangi beliau. beliau Atiq Hakimi telah kembali kerahmatullah pada 15/11/2009 pada jam 5 petang di kampusnya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), disebabkan penyakit yang sekian lama dialaminya iatitu jantung diserang kuman.
Semenjak ana bersahabat dengan beliu, banyak kenangan manis yang kami sempat ana nukilkan bersama beliau, dan cukup masak dengan perangai dan fa'ilnya. beliau seorang peramah, mudah mesra, dan pandai amik hati sahabat-sahabat membuatkan ramai yang senang hati bersahabat dengan beliau. ditambah pula sifat gigih, kuat berusaha dan juga x pernah putus ase adalah sifat-sifat yang terpuji baginya. Beliau juga dikenali dikalangan guru-guru mada disebabkan sifatnya yang peramah dan baik hati itu. dan beliau juga berhajat untuk sambung belajar ke timur tengah, akan tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila menghidap penyakit jantung.

marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Atiq Hakimi, dan sama-sama berdoa mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan para syuhada dan solihin amin yaa raab..


Pokok Epal & Budak Kecil

Pada zaman dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini. Setiap kali dia memanjat pokok itu, memetik dan memakan buahnya sepuas hati. Setiap hari dia memanjat pokok itu, memetik dan memakan buah- buahnya sepuas hati.adakala dia berehat hingga terlelap di perdu pokok epal berkenaan. Budak lelaki ini amat menyayangi tempat permainannya itu. Bahkan, pokok epal itu turut menyukainya. Masa sudah
berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan dia kini seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari dengan bermain di sekitar pokok berkenaan. Namun suatu hari dia datang ke pokok epal itu dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-main di sekitarku.” Ajak pokok epal itu. “ Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “ Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya.”tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata: “Kalau begitu, petiklah semua epal-epal yang ada pada aku. Kemudian kau jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan beredar dengan gembiranya. Dia tidak kembali lagi selepas itu dan menyebabkan po
kok epal itu bersedih. Suatu hari, budak remaja itu kembali dan kini dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku,” pelawa pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu. ‘Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan buatlah rumah dengannya.” Pokok epal itu memberikan cadangannya. Lalu budak yang semakin dewasa itu memotong semua dahan epal dan segera beredar dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira, tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak lagi kembali selepas itu. Suatu hari panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak yang pernah bermain- main dengannnya . dia telah matang dan dewasa. “Marilah bermain-main sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitar kau. Aku sudah dewasa aku mempunyai cita-cita untuk belayar, bolehkah kau menolongku?”tanya lelaki itu. Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang ku ini untuk kau jadikan bot dan belayarlah dengan gembira.” Cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira dan terus memotong batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun, suatu hari, lelaki yang telah lanjut usianya datang menuju pokok epal itu. Dialah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal. “Maafkan aku,aku tidak ada apa-apa lagi memberikan buah, dahan, dan batang untuk kau jual bagi mencapai hajatmu. Kini, aku Cuma memiliki tunggul dan akar yang hampir mati.” Kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku sudah tidak mahu buah kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku tidak lagi larat untuk menebangnya. Aku tidak mahu batangmu kerana aku tidak lagi mampu untuk belayar. Aku berasa penat dan mahu berehat,” jawab lelaki tua itu. “ Jika begitu, berehatlah kau di perduku.” Cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itupun berehat dan mereka berdua pun menangis kegembiraan. Sebenarnya, pokok epal itu merujuk kepada kedua ibu bapa kita. Pada usia muda, kita sering bermain- main dengan mereka. Apabila remaja dan dewasa, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Namun, kita tinggalkan mereka dan hanya kembali untuk meminta pertolongan daripada mereka. Mereka tidak pernah mengelak, bahkan tetap menolong kita supaya bahagia dan gembira meneruskan hidup. Justeru, fikirkanlah dengan lebih mendalam tentang sikap budak lelaki itu dengan pokok epal itu. Itulah hakikat sikap kebanyakan anak-anak kita zaman sekarang dalam melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa selagi masih ada masa dan peluang... Kenanglah jasa mereka...

Andaian Berani : Isu Royalti Minyak kelantan

Parlimen hari ini panas membincangkan isu Royalti minyak negeri kelantan. Ini ekoran daripada pengumumam Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kini mengumumkan akan memberi "Wang Ehsan" sahaja kepada rakyat negeri kelantan. Pengumuman itu menjadi kecoh diantara pihak kerjaan dan pembangkang.

Memang benar pengumuman itu adalah pengumuman yang gembira, akan tetapi jika dilihat dari sudut lain ia memberi maksud yang amat besar kepada penduduk negeri kelantan dan pemimpinnya. Ini kerana negeri kelantan telah bertahun-tahun berjuang untuk untuk mendapatkan Royalti minyak daripada hasil minyak yang terdapat di perairan negeri kelantan, akhirnya hanya wang ehsan sahaja diperolehi.

Mengulas kata-kata datuk seri najib, beliau hanya kata ingin menolong rakayat kelantan, bukan ingin menjaga kebajikan negeri kelantan. Ini menunjukkan kerajaan pusat hanya membantu disebabkan kasihan sahaja. Sedangkan penduduk negeri kelantan juga adalah rakyat beliau dan berhak mendapat penjagaan penuh dari kerajaan pusat. dilihat dari sudut politik ia, ianya nampak seperti tidak seimbang kerana negeri-negeri lain yang menghasilkan minyak mendapat royalti yang penuh dari pusat, akan tetapi dinegeri kelantan sahaja mendapat wang ehsan ataupun "Duit Kasihan", itupun setelah pihak pembangkang berhempas pulas untuk mendapatkannya.

Beliau juga berkata, sepatutnya kerajaan kelantan tidak ada hak diatas royalti minyak ini disebabkan pertindihan kawasan, dan baru kini disahkan kelantan mempunyai blog (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan. kenapa sebelum ini rakyat kelantan tidak dipertimbangkan untuk memprolehi wang ehsan dan kini baru hal ini dibangkit kan. Disini tampak seperti ada permainan yang cuba mengelirukan rakyat negeri kelantan. Atau pun sebagai langkah untuk menutup mulut mana-mana pihak agar tidak lagi mengungkit hak pemilikan royalti minyak negeri kelantan.

Satu lagi perkara yang menjadi permasaalahan ditimbulkan berikutan wang ehsan ini adalah, adakah pengagihan wang tersebut disalurkan terus kepada kerajaan negeri ataupun melalui Jabatan Pembangunan Negeri dan diagihkan melalui ketua-ketua UMNO bahagian. Jika hal demikian berlaku, keyakinan untuk rakyat kelantan mendapat hak tersebut hanya tipis, kerana diragui akan timbul isu plih kasih dalam pengagihan wang tersebut.

kesimpulannya adakah wang ehsan tersebut sama seperti royalti yang diberikan kerajaan pusat kepada negeri-negeri lain yang menghasilkan minyak. ataupun terdapat agenda lain didalam pemberiaan wang ehsan tersebut. Dan adakah kerajaan negeri akan terus berusaha untuk mendapat royalti penuh daripada kerajaan pusat. Jika apa pun yang andaian yang dibuat semuanya adalah kebaikan untuk penduduk negeri kelantan dan juga rakyat malaysia umumnya.